Tuesday 23 July 2013

CoQHealth Plus Untuk Kesihatan Jantung



Coenzyme Q10  boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Coenzyme Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Coenzyme Q10 dalam badan yang semakin merosot.Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajiandouble-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.Apa beza CoQ10 di dalam Shaklee CoQ Health Plus berbanding jenama lain? Sudah tentu ianya semulajadi, tiada bahan sintetik,kimia maupun dadah. Juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.

Coenzyme Q10 biasanya dikaitkan dengan pencegahan serangan sakit jantung.
Apakah Coenzyme Q10 ni?
Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja kerkas seperti jantung, hati, pangkreas dan buah pinggang.

Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organlain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.

Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.



Apakah perbezaan CoQHealth Plus:
  • Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
  • Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
  • CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
  • Bebas gluten.
Dapatkan segera produk terbaik untuk kesihatan jantung anda.

Sumber : Vitaminsemulajadi.com
 
 

 

Tentang PUASA

Alhamdullilah, tahun ini kali pertama saya menyambut puasa bersama-sama teman Shaklee saya. Sangat teruja pada awal pembabitan dengan business ini. Apa tidaknya, melihatkan teman2 berlumba2 mencari pendapatan dengan bersandarkan pengetahuan tentang produk kesihatan ini. Membuka mata saya supaya jangan leka dan membuang masa lagi. Sudah terlalu lama saya tidur, dan kini perlu bangkit semula walaupun bulan puasa...hahaha..
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Diharap Allah memberikan saya keberkatan itu dan melimpahkan rezeki dan membuka laluan nya. Amin...



KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dos, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
SUMBER : AL-AZIM




Keperluan vitamin C sehari

Sebenarnya keperluan vitamin C setiap orang tidak sama. Ia sangat bergantung kepada faktor jantina, usia, kehamilan, penyakit, dll.
Namun jumlah yang disarankan diambil dalam sehari menurut U.S. Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine adalah seperti berikut: 




  • Bayi 0 - 6 bulan : 40* milligrams/hari (mg/hari)
  • 7 - 12 bulan : 50* mg/hari
  • Kanak-kanak 1 - 3 tahun : 15 mg/hari (tidak harus mengambil melebihi 400 mg sehari)
  • 4 - 8 tahun : 25 mg/hari
  • 9 - 13 tahun : 45 mg/hari
  • RemajaWanita 14 - 18 tahun : 65 mg/hariLelaki 
  • 14 - 18 tahun : 75 mg/hari
  • DewasaLelaki berumur 19 tahun ke atas : 90 mg/hari
  • Wanita berumur 19 tahun ke atas : 75 mg/hari
  • Bagi individu yang merokok ataupun sering berada di kalangan orang merokok perlu menambahkan lagi 45 mg vitamin C ke dalam pengambilan harian mereka.
  • Wanita yang hamil atau menyusukan anak juga memerlukan lebih vitamin C berbanding biasa, iaitu 85 mg untuk ibu hamil, dan 120 mg untuk ibu menyusukan anak dan tidak harus mengambil melebihi 1000 mg sehari (sumber dari DrZubaidi)
 *Adequate Intake

Perlu diketahui bahawa saranan di atas adalah jumlah yang cukup untuk mengelakkan berlakunya simptom kekurangan vitamin C (deficiency symptom) contohnya masalah kulit kering, gusi berdarah, luka lambat sembuh, mudah mengalami lebam-lebam dan yang paling serius mendapat penyakit Scurvy. Walau bagaimanapun, vitamin C sangat mudah termusnah oleh pelbagai faktor seperti asap rokok,alkohol,  ubat-ubatan, dll. 
Vitamin C Penting untuk Tubuh Sihat. Jadi penting untuk kita dapatkan pengambilan vitamin C yang secukupnya sama ada daripada makanan harian ataupun supplemen.

Dos vitamin C yang terlalu tinggi boleh membahayakan kesihatan?

Menurut The Merck Manuals Online Medical Library, dos selamat untuk pengambilan vitamin C ialah 2000 mg sehari. Dan selalunya jumlah yang lebih dari itu akan menyebabkan cirit-birit ataupun muntah-muntah akibat kesan osmotic yang ada di dalam vitamin C itu.Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa efek "overdose" berupa cirit-birit dan muntah-muntah ini hanya berlaku bila pengambilan adalah melebihi 5000~10,000 mg sehari. Linus Pauling Institutes juga memberitahu bahawa pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko terbentuknya batu karang terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami "oxalate kidney stone".Vitamin C yang terlalu tinggi juga dikatakan boleh membuatkan terlalu banyak Zat Besi diserap, dan berbahaya bagi mereka yang pernah terdedah kepada risiko hemochromatosis sebelum ini.(Sumber : LiveStrong.Com,UsingVitaminsWisely.Com)

Vitamin C yang paling baik tentunya daripada sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun kita boleh tambahkan dengan mengambil supplemen, mengikut keperluan.Secara idealnya, 80~90 peratus daripada asid askorbik (Vitamin C) yang diambil akan diserap dengan mudah oleh usus, seterusnya digunakan oleh tubuh kita dalam masa 2 jam dan baki yang tidak digunakan akan dikumuhkan dalam masa 3~4 jam. Atas sebab inilah agak payah untuk seseorang itu "overdose" vitamin C, melainkan dia ambil dalam dos yang tinggi melebihi >2000 mg serentak dalam satu masa.Walau bagaimanapun, asid askorbik tanpa co-factor sangat sukar diserap oleh badan. Hakikatnya, lebih 95% supplemen vitamin di pasaran adalah vitamin sintetik. Dan vitamin C sintetik hanya didatangkan dalam bentuk "asid askorbik" secara solo tanpa co-factor. Oleh itu,tubuh kita terpaksa menggunakan nutrien-nutrien lain yang ada untuk membolehkan asid askorbik tersebut dapat digunakan oleh tubuh. Secara tak langsung ini akan membebankan tubuh kita. Sudahlah untuk menggunakannya pun tubuh kita terpaksa bekerja keras, inikan pula jika kandungan asid askorbik tersebut dalam dos yang besar. Bolehkah anda bayangkan betapa letihnya tubuh kita dibebankan oleh asid askorbik yang sukar untuk diserap dan digunakan nie?Berlainan denagn vitamin C sintetik, kehadiran co-factor pada vitamin C semulajadi memudahkannya untuk diserap dan digunakan.Jadi, jika ingin mengambil supplemen, pilihlah supplemen semulajadi; ia merupakan alternatif paling baik berbanding supplemen sintetik. Anda Mencari Vitamin C yang Baik?



Perbezaan Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran

 "Sustained Release" pada vitamin C bermaksud ia dilepaskan sedikit demi sedikit secara perlahan ke dalam darah, bukannya sekaligus keluar 500 mg tersebut. Jadi walaupun kandungan sebiji tablet adalah 500 mg, bagi setiap satu jam, hanya 100 mg dilepaskan. Ini sama seperti kita memakan sebiji setengah oren dalam masa satu jam, dan dengan satu tablet kita boleh mendapatkan khasiat vitamin C bersamaan 7 biji setengah oren dalam masa 5 jam tersebut. Maklumlah, ia adalah vitamin larut air yang juga mudah termusnah oleh banyak faktor. Jadi dengan ini dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh yang cukup untuk 24 jam secara berterusan.Vitamin C Shaklee juga lengkap mengandungi co-factor Bioflavonoids sebanyak 120 mg daripada buah-buahan sitrus. Jadi ia lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan tanpa membebankan mana-mana organ. Vitamin C juga adalah vitamin larut air, jadi mana-mana yang berlebihan tidak digunakan akan terus disingkirkan keluar melalui sistem perkumuhan. Namun perlu diingatkan, mengambil Vita-C 500 mg Shaklee melebihi 12 biji akan adalah "overdose" dan boleh menyebabkan cirit-birit!(Cirit-birit merupakan tindak balas normal badan untuk mengeluarkan kesemua bahan yang terkandung di dalam usus (bowel) ketika berlakunya sebarang iritasi sama ada disebabkan oleh bakteria atau jangkitan virus, juga oleh penggunaan julap, antibiotik atau nutrien yang berlebihan). Pendek kata, dengan sebiji Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee, kita tak akan mengalami dos berlebihan yang boleh memudaratkan kesihatan (ia tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun).

Jadi anda tak perlu khuatir dengan `mudarat` yang digembur-gemburkan tentang vitamin C 500 mg Shaklee kerana hakikatnya Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee adalah berbeza dengan vitamin C lain di pasaran. Ianya semulajadi (bukan sintetik), "sustained release", selamat, malah mudah pula diserap dan digunakan oleh badan. Harganya pun jauh lebih murah berbanding vitamin C jenama lain. Sangat berbaloi! (Tetapi pastikan anda dapatkan vitamin C Shaklee yang asli, dan tidak tertipu membeli "vitamin organik 500 mg" kerana ia hanya "rebranding" kepada vitamin C Shaklee oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dan dijual dengan harga yang sangat mahal! )

"These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease"

Monday 22 July 2013

Kurus cara Sihat dan Selamat dengan CINCH



Dalam 3 perisa; Vanilla,Chocolate dan Cafe Latte
Inginkan badan yang kurus? Berhajat menurunkan berat badan? Takut untuk mencuba produk2 kurus yang kurang diyakini kandungannya? Ragu2 dengan keberkesanan produk kurus yang menawarkan testimonial kurus dengan cepat?
Anda tidak akan ragu-ragu lagi dengan CINCH SHAKE MIX SHAKLEE! Apa yg membuatkan CINCH ini istimewa?

Kenapa CINCH berkesan?


Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet yo-yo.


Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan LEMAK yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 




PERBEZAAN SHAKLEE

Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut


Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.


scale

KEBAIKAN CINCH SHAKE MIX


  • Ia mengandungi nilai glisemia yg rendah = 22; untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.Sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang. PROTEIN menbantu anda tahan LAPAR. Konsep diet bukanlah dengan tidak langsung mengambil makanan, itu sangat BAHAYA! Sebab itulah bila anda berdiet yg salah, berat badan anda tak ke mana sebenarnya. Jadi, ambil SARAPAN yg berat, dan di antara meal yg lain boleh minum CINCH SHAKE yg sedap ni supaya dapat menahan perut dari lapar dan jumlah meal yg anda ambil untuk hidangan tengahari dan malam dapat dikurangkan
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan. Apa pentingnya fiber? Untuk membuang lemak yg dibakar tadi keluar dari badan!
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy) yang sangat selamat
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

Waktu yg sesuai untuk mengambil Cinch:

  • Hidangan pertama selepas bangun dari tidur waktu pagi (sarapan) : kerana anda tidak makan untuk waktu yg lama sepanjang tidur
  • Sebelum masuk tidur malam : kerana waktu itu bekalan protein akan diguna untuk menggantikan sel2 yg rosak dan pertumbuhan tisu baru
  • Di dalam hidangan sebelum melakukan aktiviti 
  • Di dalam hidangan selepas anda beraktiviti

Retail Price : 765g berharga RM173.00 (WM) RM181.00 (EM)