Tuesday 23 July 2013

Keperluan vitamin C sehari

Sebenarnya keperluan vitamin C setiap orang tidak sama. Ia sangat bergantung kepada faktor jantina, usia, kehamilan, penyakit, dll.
Namun jumlah yang disarankan diambil dalam sehari menurut U.S. Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine adalah seperti berikut: 




  • Bayi 0 - 6 bulan : 40* milligrams/hari (mg/hari)
  • 7 - 12 bulan : 50* mg/hari
  • Kanak-kanak 1 - 3 tahun : 15 mg/hari (tidak harus mengambil melebihi 400 mg sehari)
  • 4 - 8 tahun : 25 mg/hari
  • 9 - 13 tahun : 45 mg/hari
  • RemajaWanita 14 - 18 tahun : 65 mg/hariLelaki 
  • 14 - 18 tahun : 75 mg/hari
  • DewasaLelaki berumur 19 tahun ke atas : 90 mg/hari
  • Wanita berumur 19 tahun ke atas : 75 mg/hari
  • Bagi individu yang merokok ataupun sering berada di kalangan orang merokok perlu menambahkan lagi 45 mg vitamin C ke dalam pengambilan harian mereka.
  • Wanita yang hamil atau menyusukan anak juga memerlukan lebih vitamin C berbanding biasa, iaitu 85 mg untuk ibu hamil, dan 120 mg untuk ibu menyusukan anak dan tidak harus mengambil melebihi 1000 mg sehari (sumber dari DrZubaidi)
 *Adequate Intake

Perlu diketahui bahawa saranan di atas adalah jumlah yang cukup untuk mengelakkan berlakunya simptom kekurangan vitamin C (deficiency symptom) contohnya masalah kulit kering, gusi berdarah, luka lambat sembuh, mudah mengalami lebam-lebam dan yang paling serius mendapat penyakit Scurvy. Walau bagaimanapun, vitamin C sangat mudah termusnah oleh pelbagai faktor seperti asap rokok,alkohol,  ubat-ubatan, dll. 
Vitamin C Penting untuk Tubuh Sihat. Jadi penting untuk kita dapatkan pengambilan vitamin C yang secukupnya sama ada daripada makanan harian ataupun supplemen.

Dos vitamin C yang terlalu tinggi boleh membahayakan kesihatan?

Menurut The Merck Manuals Online Medical Library, dos selamat untuk pengambilan vitamin C ialah 2000 mg sehari. Dan selalunya jumlah yang lebih dari itu akan menyebabkan cirit-birit ataupun muntah-muntah akibat kesan osmotic yang ada di dalam vitamin C itu.Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa efek "overdose" berupa cirit-birit dan muntah-muntah ini hanya berlaku bila pengambilan adalah melebihi 5000~10,000 mg sehari. Linus Pauling Institutes juga memberitahu bahawa pengambilan vitamin C yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko terbentuknya batu karang terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami "oxalate kidney stone".Vitamin C yang terlalu tinggi juga dikatakan boleh membuatkan terlalu banyak Zat Besi diserap, dan berbahaya bagi mereka yang pernah terdedah kepada risiko hemochromatosis sebelum ini.(Sumber : LiveStrong.Com,UsingVitaminsWisely.Com)

Vitamin C yang paling baik tentunya daripada sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun kita boleh tambahkan dengan mengambil supplemen, mengikut keperluan.Secara idealnya, 80~90 peratus daripada asid askorbik (Vitamin C) yang diambil akan diserap dengan mudah oleh usus, seterusnya digunakan oleh tubuh kita dalam masa 2 jam dan baki yang tidak digunakan akan dikumuhkan dalam masa 3~4 jam. Atas sebab inilah agak payah untuk seseorang itu "overdose" vitamin C, melainkan dia ambil dalam dos yang tinggi melebihi >2000 mg serentak dalam satu masa.Walau bagaimanapun, asid askorbik tanpa co-factor sangat sukar diserap oleh badan. Hakikatnya, lebih 95% supplemen vitamin di pasaran adalah vitamin sintetik. Dan vitamin C sintetik hanya didatangkan dalam bentuk "asid askorbik" secara solo tanpa co-factor. Oleh itu,tubuh kita terpaksa menggunakan nutrien-nutrien lain yang ada untuk membolehkan asid askorbik tersebut dapat digunakan oleh tubuh. Secara tak langsung ini akan membebankan tubuh kita. Sudahlah untuk menggunakannya pun tubuh kita terpaksa bekerja keras, inikan pula jika kandungan asid askorbik tersebut dalam dos yang besar. Bolehkah anda bayangkan betapa letihnya tubuh kita dibebankan oleh asid askorbik yang sukar untuk diserap dan digunakan nie?Berlainan denagn vitamin C sintetik, kehadiran co-factor pada vitamin C semulajadi memudahkannya untuk diserap dan digunakan.Jadi, jika ingin mengambil supplemen, pilihlah supplemen semulajadi; ia merupakan alternatif paling baik berbanding supplemen sintetik. Anda Mencari Vitamin C yang Baik?



Perbezaan Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran

 "Sustained Release" pada vitamin C bermaksud ia dilepaskan sedikit demi sedikit secara perlahan ke dalam darah, bukannya sekaligus keluar 500 mg tersebut. Jadi walaupun kandungan sebiji tablet adalah 500 mg, bagi setiap satu jam, hanya 100 mg dilepaskan. Ini sama seperti kita memakan sebiji setengah oren dalam masa satu jam, dan dengan satu tablet kita boleh mendapatkan khasiat vitamin C bersamaan 7 biji setengah oren dalam masa 5 jam tersebut. Maklumlah, ia adalah vitamin larut air yang juga mudah termusnah oleh banyak faktor. Jadi dengan ini dapat memenuhi keperluan vitamin C tubuh yang cukup untuk 24 jam secara berterusan.Vitamin C Shaklee juga lengkap mengandungi co-factor Bioflavonoids sebanyak 120 mg daripada buah-buahan sitrus. Jadi ia lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan tanpa membebankan mana-mana organ. Vitamin C juga adalah vitamin larut air, jadi mana-mana yang berlebihan tidak digunakan akan terus disingkirkan keluar melalui sistem perkumuhan. Namun perlu diingatkan, mengambil Vita-C 500 mg Shaklee melebihi 12 biji akan adalah "overdose" dan boleh menyebabkan cirit-birit!(Cirit-birit merupakan tindak balas normal badan untuk mengeluarkan kesemua bahan yang terkandung di dalam usus (bowel) ketika berlakunya sebarang iritasi sama ada disebabkan oleh bakteria atau jangkitan virus, juga oleh penggunaan julap, antibiotik atau nutrien yang berlebihan). Pendek kata, dengan sebiji Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee, kita tak akan mengalami dos berlebihan yang boleh memudaratkan kesihatan (ia tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun).

Jadi anda tak perlu khuatir dengan `mudarat` yang digembur-gemburkan tentang vitamin C 500 mg Shaklee kerana hakikatnya Sustained Release Vita-C 500 mg Shaklee adalah berbeza dengan vitamin C lain di pasaran. Ianya semulajadi (bukan sintetik), "sustained release", selamat, malah mudah pula diserap dan digunakan oleh badan. Harganya pun jauh lebih murah berbanding vitamin C jenama lain. Sangat berbaloi! (Tetapi pastikan anda dapatkan vitamin C Shaklee yang asli, dan tidak tertipu membeli "vitamin organik 500 mg" kerana ia hanya "rebranding" kepada vitamin C Shaklee oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dan dijual dengan harga yang sangat mahal! )

"These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease"

No comments:

Post a Comment