Basic Rule Tentang Vitamin Yang Anda Perlu Tahu:
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu
![]() |
Kepada yang baru nak start ambil supplement berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang boleh kita kongsikan bersama.
Cara Pemakanan Supplement Shaklee:
1. Vita Lea: 1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with vitamin C.
p/s: tak sesuai di ambil bersama minuman/makanan bersusu
2. Vita C : 1-2 biji sehari, selepas makan, best taken after breakfast and dinner. Best taken with Vita Lea.
3. B-complex : 1 biji sehari selepas makan, best taken after breakfast. p/s : kalau nak tambah selera ambil sebelum makan
4. Zinc complex: 1 biji sehari sebelum makan
5. Alfalfa : 2-4 biji permulaan, jika masih tidak dapat hasil yang di ingini, boleh naikkan dose sedikit2 sampai 10 biji sekali makan.NOTE: Bagi ibu yang menyusukan bayi, kenalah selalu perhatikan najis bayi selalu, bimbang bayi yang alah terkena cirit birit (Alfalfa ni berasaskan herba dan takut panas. Suggested to consume after confinement @ 44 days)
6. ESP: Sehari tidak boleh lebih 3 sudu besar, terpulang nak minum sekali gus atau nak bahagi 3. Boleh dicampur bersama minuman kegemaran mcm milo/horlicks etc. Sekali bancuh dlm 250-300ml air ikut suka pekat mana.p/s: Elakkan membancuh dengan air panas mendidih, kerana ia boleh rosakkan struktur protein. Jangan ambil esp bersama teh atau kopi kerana ia mengganggu penyerapan vitamin.
7. Ostematrix: 2 biji sekali makan, 2 kali sehari. ambil lepas breakfast and dinner.(total 4 biji sehari).
8. Omega: 1-2 biji sekali makan sekali sehari. Jika kanak-kanak boleh pecahkan sebiji dlm bubur/susu seminggu 2-3kali.
9. Lecithin : 3 biji sekali makan dua kali sehari. (total 6 biji sehari)
10. Garlic: 2 biji sehari sekali makan.
11. GLA: 2 biji sehari sekali makan. Setiap hari walaupun haid. p.s. Berhenti jika hamil.
12. Collagen: Satu hari 1 sachet
13. Vita E: 1 biji sehari sebelum tidur
14. AJHT: 2 biji sehari selepas makan
15. Chewable Vita C plus (100mg): ambil sebiji sehari Untuk budak setahun ke atas. Kalau dewasa ambil 3-5 biji sehari, mesti dihisap bukan ditelan sekali gus.
16. Meal Shakes: Setengah sudu teh sehari untuk budak setahun ke 3tahun. Selepas 3 tahun boleh bagi satu sudu teh sehari. Dibancuh ke dalam minuman mereka. Jangan guna air panas mendidih. Beri anak minum air yang banyak untuk elak sembelit. Dewasa: Sehari tidak lebih 4 sudu besar. Sekali bancuh 1-2 sudu besar bancuh bersama minuman kegemaran/ESP/Performance Drink
17. Performance Drink : Sekali bancuh 3 sudu besar utk dewasa. Untuk kanak-kanak 1 sudu besar. Bancuh bersama air sejuk/Meal Shakes/esp. Disarankan ambil sebelum, semasa dan selepas work out atau sewaktu bersahur/berbuka!
18. Vivix : cukup lah sekadar sehari sesudu teh sebelum tidur
APA YANG TAK DIGALAKKAN :
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan Vita E
OsteMatrix JGN AMBIL dgn Vita-Lea
Vita-Lea JGN AMBIL bersama susu atau ESP
Alfalfa JGN AMBIL dgn Vita E
Jadual pengambilan vitamin ini adalah cadangan sahaja. Jadual boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing dan tiada masalah jika jadual diubah cuma perlu tahu vitamin yang sesuai diambil bersama dan vitamin yang perlu dielakkan diambil bersama.
No comments:
Post a Comment