Tuesday 23 July 2013

CoQHealth Plus Untuk Kesihatan Jantung



Coenzyme Q10  boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Coenzyme Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Coenzyme Q10 dalam badan yang semakin merosot.Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajiandouble-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.Apa beza CoQ10 di dalam Shaklee CoQ Health Plus berbanding jenama lain? Sudah tentu ianya semulajadi, tiada bahan sintetik,kimia maupun dadah. Juga diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.

Coenzyme Q10 biasanya dikaitkan dengan pencegahan serangan sakit jantung.
Apakah Coenzyme Q10 ni?
Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja kerkas seperti jantung, hati, pangkreas dan buah pinggang.

Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organlain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.

Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.



Apakah perbezaan CoQHealth Plus:
  • Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
  • Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
  • CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
  • Bebas gluten.
Dapatkan segera produk terbaik untuk kesihatan jantung anda.

Sumber : Vitaminsemulajadi.com
 
 

 

No comments:

Post a Comment