Monday 20 May 2013

Tips Diet DanTurun Berat Badan Secara Sihat

Macam-macam produk di pasaran ada. Jenama Mak Jemah, jenama oversea, jenama rekaan sendiri, jenama yang entah apa-apa lagi memang berlambak di pasaran. Sebut sahaja jenis yang bagaimana. Mahu jenis pil? Jenis teh? Jenis serbuk? Bancuh? Shake? Semua ada. Sedia duit je semua boleh beli. Tapi tahukah anda bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu pil tersebut?

Jangan menyesal jika anda tersilap pilih. Yang nyata selidik dulu apa kandungannya. Jangan sebab murah atau nampak kesan serta merta maka anda cepat terpengaruh. Kita mahu kurus secara sihat bukan? Dan juga tidak mahulah bila sudah kurus, kalau berhenti mengambilnya jadi naik 2 kali ganda. Oh tidak!

Berhati-hati ye sebab sekarang ni banyak produk di pasaran. Dan Malaysia telah mengharamkan mana-mana produk yang mengandungi sibutramine. Ingat tu SIBUTRAMINE. Bahaya tau tuan puan semua, mari kita buat kupasan sedikit.


Apakah itu Sibutramine

Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais. Wah takutnya dengar. Kalau ada bahan ini dalam produk yang kita ambil maka seumpamakan kita mengambil dadah. Oh tidak! Jauhinya sebelum menyesal.


Bagaimana Sibutramine berfungsi?

Biasa kita dengar kes kalau penagih dadah kebiasaannya tidak tidur malam, tidak lapar dan sentiasa aktif sehinggakan boleh menyebabkan perlakuan agresif. Tidak hairanlah jika anda boleh jadi bertenaga dan tidak lapar walhal bahan tersebut sedang merosakkan badan anda. Takutnyaaaaa....


Diet Secara Sihat

Baru semalam saya mendapat perkhabaran gembira dari loyal customer merangkap rakan sekerja juga. Beliau mengambil produk untuk diet dalam lebih kurang 2 bulan. Memanglah tidak drastik penurunan beratnya, dalam tempoh itu beliau berjaya turunkan sebanyak 5 kg. Bukan dengan diet ketat tau sebab beliau juga makan nasi. Pendek kata bukan kena perlu berlapar. Beliau mengambil lecitinherblax dan alfalfa.


testimoni herblax, alfalfa dan lecitin


Jangan mudah terpedaya bila ada yang menjanjikan turun 10kg dalam masa seminggu. Oh, kemungkinan besar bahan apa yang digunakan agak-agak? Fikirkan untuk kebaikan diri kita meniti hari-hari mendatang.


credit to permatacintaku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment